MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Pages

Tuesday, April 19, 2011

Benih Cinta


Hari ini terasa puas dan bersyukur kerana telah hampir lengkap semua persediaan untuk baby kami. Yer aku tahu aku agak teruja membeli. Apa salahnya kalau rezeki pada bulan ini lebih. Daripada dihabiskan membeli barang-barang aku. Kali ini rezeki itu untuk anak yg bakal dilahirkan nanti. Mana barang-barang penting untuk keperluan baby didahulukan. Tidaklah terfikir-fikir hujung bulan untuk ketepikan wang. Aku sendiri awal bulan pon selalu duit sudah tinggal suku. Syukur duit simpanan kami sudah mula di simpan awal tahun ini. Ketepikan dulu soal beli kereta idaman.

Anak lebih PENTING.

Fikir aku, tidak pernah lagi aku bercerita perihal kejadian baby yg kami nantikan ini. Obses aku pada benih cinta ini sememangnya yang aku nantikan sejak lafaznya nikah bersama sang pria. Tidak lengkap andai cinta kami tidak disatukan untuk benih cinta kami. Sungguh aku sangat menitik berat kehadiran period aku. Di hari pernikahan sendiri aku dalam keadaan subur tetapi mungkin kurangnya pengetahuan bagaimana mendapatkan cara yg betul. Berangan ingin bunting pelamin konon. Baru jaguh pengantin baru. Tapi rezeki tidak menyebelahi kami. Kami berhanimuan selama hampir 9 bulan. Setiap bulan sepanjang 9 bulan perkahwinan. Aku baca segala isi alam rumah tangga. Dari perkiraan haid yg kutandakan dalam setiap helai kolum kalendar diary milikku. Usah ditanya berapa kali aku menangis bila period ku datang. Mengharap aku menjadi seorang ibu. Terasa diri tidak sempurna ketika itu.

Perkiraan haid aku tidak seimbang. Setiap bulan berlainan hari dicatatkan dari hari pertama haid sehingga datangnya haid di bulan seterusnya. Mungkin itu penyebab aku tidak pasti waktu subur ku yg sebetulnya. Lewat perkahwinan ke-8 bulan aku nekad mencuba Biodex. Dinasihatkan diri ku tentang penting nya penjagaan makanan. Biodex adalah cara pemakanan kesihatan yg membantu kita mengambil zat-zat mengikut rutin harian. Contohnya seperti minuman menguatkan rahim. Kadang-kadang orang muda seperti kita tidak ambil peduli soal ini. Malah air kelapa yang aku kira bagus untuk orang mengandung sememangnya ditegah di awal percubaan untuk mengandung. Aku pula hampir setiap minggu membeli air kelapa yg di jual di tepi jalan.

Bulan November 2010, menjadi tarikh yg berharga buat aku dan sang pria. Lewatnya haid ku sehingga hari yg ke 33, buat aku terfikir tetapi aku tidak terlalu percaya kerana semasa usia perkahwinan ke 5 kami. Aku juga pernah lewat haid hingga hari ke 31. Sangkaan meleset dan kesudahannya aku menangis kerana terlalu konfiden dgn telahanku. Tapi kali ini benar2 terjadi. Aku ke farmasi membeli pregnancy test dan 2 garisan bar terpampang di screen. Keluar dari toilet aku suruh sang pria meneka.

"Eh ni ada 2 garis ni. Pregnant ke tak ni" -Sang pria
"Ntah mane lah i tahu" jawabku

Di beleknya instruction di belakang kotak pregnancy test.

"U pregnant lah yang. Ni dia cakap kalau 2 garis pregnant"

*Wink. Senyum ke telinga. Syukur Alhamdulillah. Bulan itu ku kira sgt rahmat buat diri aku. Pertama, nekadnya aku memakai tudung pada 5 November 2011. Diikuti dengan berkat doa yg aku pohon kepadaNya memberi aku zuriat dari benih cinta sang pria tercinta pada 19 November 2010.

Kami ke klinik Dr. Suraya. Mendapat jawapan yg lebih tepat.

Ya! I'm Pregnant.

Gambar di bawah semasa menjalani scan untuk melihat perkembangan baby.
Anak yg bakal mewarnai dunia aku dan sang pria.


Tuesday, April 12, 2011

LIL CRIB


A warm welcome for my future bby son.

Caught on eyes with this cot at The Curve but I found out the exact same cot at Mum's Care Sales at lower price. We're saved a lot, RM399 for only a cot (original price is thousand ringgit). So the extra money we bought a mattress and the bedding set RM300 . During the Sale, we spent for one thousand one hundred and twenty for:

Baby Cot
Baby Bedding Set
Baby Mattress
A few new born rompers
Water thermometer
Mosquito Net (Kelambu)
Mosquito Net Stand
Disposable Breast Pad

I was so excited with all the items we bought. Hubby gets excited too & helping me out to set up the cot. What else after this? So much things on my list book :)