MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Pages

Showing posts with label Trimester ke-3. Show all posts
Showing posts with label Trimester ke-3. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

A journey of 9 months in his mother's womb

I feel touched watching this miracle video. Just wanna share with others..

Hope every mother to be will feel blessed with your little one inside you. May Allah blessed us and InsyaAllah, we pray for our safe delivery of our baby.

Very soon I'll be a mother to my son. I'm entering week 36th and i have ready my mind and soul to let my baby out to see the world..

Amin~


Monday, June 13, 2011

Colostrums di kala minggu ke 34

Hari ini aku berurut dengan mak cik Ton untuk legakan sedikit sakit belakang badanku ini. Sakit di bahagian kiri lebih terasa especially bila aku duduk lama di kerusi. Kaki belah kanan tidak pula terasa sengal. Bby lebih suka duduk di belah kiri rasanya.

Bila mak cik Ton urut di pangkal rahim, dia dah mengagak kepala bby sudah berada di situ. Di naikkan sedikit kedudukan bby tp bby masih berada di situ. Katanya aku hanya tunggu masa sbb bby dh ke bawah. Syukur.. aku mmg dh bersedia mental dan fizikal. Bila-bila bby nak keluar. Aku harus ready by now. Sakit celah kelengkang ni pon kdg2 dh x bole tahan. Apakan pula sakit bersalin. Bak kata orang putih "No turning back". Perjuangan di medan kelahiran perlu diteruskan.

Mula-mula takut juga nak berurut-urut masa mengandung ni. Tawakal jer lah. Yg sakit bila di tekan di celah kelengkang bahagian kiri. Di agak kepala bby sudah berada di situ dan yang sakit juga bila di picitnya payudara untuk tengok samada air susu sudah ada atau tidak. Aku sedikit malu sebab di situ ada ibu mertuaku juga. Tapi benda-benda ni nak sorok pon tak bole. Perempuan sama perempuan. Esok bby dh keluar pon aku perlu jugak menyusu badan depan mak mertua. Yang seronok nya, aku sudah ada susu awal ibu. MashaAllah..rezeki kamu anakku. Warnanya sedikit kuning tetapi pekat. InsyaAllah aku berdoa supaya lahir jer bby aku nanti. Harap-harap susu badan ni keluar dengan sendirinya. Kalau nak suruh aku picit seperti mak cik Ton. Tak mengerti aku.

Mak Cik Ton pun ada pesan jangan dipicit selalu sebab kita nak simpan susu awal ibu itu. Khasiatnya terlalu banyak. Apa yang perlu kita buat ialah bersihkan puting payudara kita supaya senang untuk penyusuan badan kelak.


Di bawah aku amik artikel tentang PENTINGNYA SUSU AWAL IBU atau COLOSTRUMS.


Colostrums adalah susu awal ibu. Colosrum terdapat pada susu ibu seawal 3-5 hari pertama selepas bayi dilahirkan. Ia bewarna kuning, berlemak, da sangat kaya dengan protein dan antibodi. Susu awal ibu merujuk kepada:

  • Rendah kandungan lemak
  • Kaya kandungan protein
  • Tinggi karbohidrat
  • Kaya dengan vitamin K
  • Mudah untuk dicernakan

Amat penting untuk memulakan penyusuan kepada bayi sejurus selepas bersalin supaya bayi anda menerima faedah-faedah yang terkandung di dalam susu awal ibu. Susu awal ibu mempunyai jumlah yang terhad tetapi sangat bernilai di dalam setiap kandungan susu ibu tersebut. Ia sangat penting bagi bayi diberi susu tersebut dengan kerap supaya bayi mendapat banyak khasiat daripada cecair susu bewarna kekuningan dan berkrim ini sebelum digantikan dengan susu matang.

Susu awal ibu ini juga kerap dirujuk sebagai “cecair emas” (liquid gold) merujuk kepada ciri-cirinya yang sangat baik. Ianya bukan sahaja menyediakan nutrient yang sempurna untuk bayi yang baru lahir, tetapi juga mengandungi jumlah sel-sel hidup yang banyak dimana ia mampu memberikan sistem imunisasi yang sangat baik daripada benda dijangkiti pelbagai penyakit kepada bayi.

Kebaikan-kebaikan Susu Awal Ibu (Colostrums) termasuklah:-

  • Colostrums adalah bahan semulajadi dimana ianya 100% sebagai vaksin yang selamat. Tahap kandungan imunisasi yang terkandung di dalam colostrums adalah sangat tinggi berbanding dengan susu matang.
  • Ia merembeskan antibodi yang dipanggil immunoglobulin A (IgA). Sebelum bayi lahir, plasenta akan memberikan bayi anda dengan antibodi yang dipanggil IgG tetapi sekarang bayi memerlukan antibodi baru bagi bayi menerima perlindungan daripada kuman-kuman luar.
  • Ia memainkan peranan utama dalam saluran pencernaan bayi.
  • Colostrums juga berfungsi sebagai ‘membersih’ iaitu dengan melonggarkan meconium atau bahan likat bewarna hitam yang terdapat di dalam usus. Lebihan bilirubin dibuang daripada sistem itu dan dengan itu ia mampu menghalang jaundis.
  • Colostrums juga mengandungi leucocytes iaitu sel-sel putih yang memberi perlindungan kepada bayi dan mampu melawan penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus.
Susu matang pula mempunyai lebih rendah kandungan antibodi tetapi ia lebih tinggi dalam jumlah isipadu. Dengan pemberian susu ibu, bayi mampu melawan pelbagai PENYAKIT.

Aku tekankan di sini adalah penyakit. Ibu mana yang tak risaukan kalau anak dijangkiti penyakit. Penyakit yang paling kerap akan berlaku ialah demam, selsema dan batuk. Aku sendiri kalau selsema seksanya teramat. Namun aku bersyukur kerana aku jarang demam. Kalau nak demam mungkin hanya sehari. Aku yakin ini disebabkan khasiat susu emak aku yg menyusukan aku sehingga umur 4 tahun. Ok. Sedikit malu di situ. 4 tahun tuh satu usia yang dah besar. Kalau dilihat sekarang ni, budak berusia 3 tahun pon sudah bersekolah. Tapi itu lah pengorbanan emak aku. Bukan senang untuk memberikan susu badan di usia 42 tahun. Maknanya aku putus susu badan, emak aku berusia 46 tahun. Satu jangka masa yang pada aku untuk wanita yang berusia lewat sebegitu. Masih mampu mempunyai susu yang banyak. Alhamdulillah. Harap aku jugak ditempiaskan kelebihan itu untuk menyusu bby aku nanti. Tidaklah sampai usia 4 tahun. Sekurang-kurangnya 6 bulan bersusu badan dan selebihnya aku akan cuba pam kan susu badan untuk bby aku minum. Kalau nak dengar ckp orang mesti ada yang kata susahlah nanti. Kita ikut cara kita sendiri dan mana yang mampu. Aku sendiri yang memutuskan untuk hentikan susu badan setakat mana yang aku termampu.


Sunday, May 29, 2011

3D & 4D ULTRASOUND SCAN




Tembamnya bby saya :)

Senyuman dan ejekan ini yg akan menghiburkan mama!

Pura-pura tidur ke sayang ..kejap pejam kejap buka mata

Eeee shame2 nampak "ku ku bird" ..terus tutup muka dengan dua belah tangan





Tuesday, May 17, 2011

Si Kupu-kupu

Mimpi lagi. Seperti episod drama pula. Setiap hari ada sahaja rancangan mimpi yg berkumandang. Kali ini mimpi ini sangat pelik. Aku bermimpi kupu-kupu yang sangat besar! Adalah sebesar tayar kereta. Pada mulanya aku ingat kan labah-labah yang menjalar. Di ikutnya ke mana sahaja aku pergi. Dari ruang tamu sampai lah ke bilik tidur. Aku jadi panik. Lari lintang pukang. Aku gerun tgk kebesaran saiznya. Bila aku masuk kamar tidurku. Dia menyelusup di pintu. Dari situ baru lah aku nampak gambaran jelas.

KUPU-KUPU YANG SANGAT-SANGAT BESAR



Bangun dari tidur. Aku terus mencari web tafsiran mimpi. Aku sedikit gundah kerna kerap sangat bermimpi yang bukan-bukan. Malah aku juga pernah menerima panggilan dari kakak aku yang menyuruh aku solat hajat disebabkan dia bermimpi sesuatu yang akan berlaku pada aku. Berbalik pada mimpi aku tadi, aku lega setelah mendapat info berkenaan mimpi tersebut. Aku tidak percaya tapi kadang-kadang kita perlukan sesuatu motivasi untuk menaikkan semangat kita balik bukan.

Maksud tafsiran mimpi : Kupu-kupu
Jika anda bermimpi melihat kupu-kupu, bermakna akan ada suatu
kebahagiaan yang akan datang.


Alhamdulillah..jika benar.
Kebahagian yang aku harapkan adalah kelahiran bby aku ini dengan SEMPURNA.
Amin

Mimpi bertandang lagi

Sejak kebelakangan ni. Aku kerap berangan. Seperti esok aku akan beranak. Mata ini pula seakan alarm. Di set ke jam 4 pagi. Terus terjaga lewat 8 pg. Hampir setiap hari begitu. Kalau waktu di rumah sewa zaman bujang dulu. Aku di gelar rakan. Seorang yang kuat tido. Pegang telefon pon bole tertido. Telefon ibarat dodoian untuk aku. Bila sudah berkahwin. Mata bugar. Bila mengandung. Mata Segar. Di akhir trimester ke-3, angauan makin menebal. Semalam sahaja aku bermimpi seolah air ketuban keluar. Genap 30 minggu. Pantas seperti haid mengalir. Bukan aku sahaja yang bermimpi. Kakak aku, Zety pun mimpi aku beranak. Dapat panggilan dari kak z semasa aku di Mcd.

Kak z : "E! akak mimpi kau beranak!"

Aku : "Samalah ae mimpi air ketuban pecah"

Kak z: "Eleh mcm lah tahu air ketuban tuh apa"

Aku : " ahahha dalam mimpi tuh mcm period je"

Kak z : "Pastu ada kete langgar tepi kete skit"

Dalam hati dah cuak. Kete aku kene langgar ke??

Kak z : "Tak sempat nak amik no kete. Dah jaga. Kalau tak bole beli no ekor"

Aku : "Kurang ajau kak z!" ahahahha

Habis perbualan mcm biasa, sambung makan. Balik rumah teringat semalam aku ada buka website untuk buat 3D & 4D ultrasound scan untuk baby. Call nombor yg tertertera. Buat appointment untuk 29hb Mei 2011.


Tak sabar rasanya nak tengok perkembangan dengan gambaran yang lebih jelas tentang bby.

Mama & baba rindu sama kamu sayang :)


Saturday, May 14, 2011

29 Minggu



Rabu lepas (11hb Mei 2011) aku ke Az-Zarah buat pemeriksaan bby untuk 7 bulan. Tak sangka dah sampai ke tahap ini. Baby sihat dengan berat terkini 1.65kg ( biasanya purata berat bayi untuk 29 minggu ialah 1.15kg). Doktor pon tak sangka dan musykil betul ke aku 29 minggu sedangkan bby seperti 30 minggu. Aku tak berapa terkejut sebab masa aku lahir pun. Mak kata aku bby paling tinggi dan besar ketika itu. Itu yang jururawat di situ bilang pada mak aku. Waktu itu usia mak 42 tahun. Malah anak-anak abg sulung aku dan kakak aku yg lelaki kebanyakkan nya agak besar ketika dilahirkan. Yang paling muda anak buah aku, Eshaq pon dilahirkan normal seberat 3.85kg.

Untuk 8 bulan pemeriksaan nanti (1hb Jun 2011), aku dikehendaki menjalani ujian Glucose Screening. Doktor ingin mengenal pasti adakah kandungan gula dalam badan aku berlebihan disebabkan bby agak besar dari saiz bayi normal. Mak pon penghidap diabetes. Kemungkinan besar, aku juga memperoleh diabetic.

My practitioner says I need a glucose screen. Why?

Most healthcare practitioners routinely recommend a glucose screening test (also called a glucose challenge test or GCT) between 24 and 28 weeks of pregnancy to check for gestational diabetes, a high blood sugar condition that some women get during pregnancy.

Like any screening test, this one won't give you a diagnosis — it's designed to identify as many women as possible who may have a problem and need more testing to find out. So a positive result doesn't mean that you have gestational diabetes. In fact, only about a third of women who test positive on the glucose screen actually have the condition. To find out if you're one of them, you'll have to undergo a longer, more definitive exam called a glucose tolerance test (GTT).

Between 2 and 5 percent of expectant mothers develop gestational diabetes, making it one of the most common health problems during pregnancy. And because the condition rarely causes any symptoms, testing is the only way to find out if you have it.

Your practitioner may want you to be screened earlier than 24 weeks if a routine urine test shows a high amount of sugar in the urine or if you're considered at
high risk. If the results are normal, you'll be screened again at 24 to 28 weeks.

Of course, if were already diagnosed with diabetes before pregnancy, you won't need to be screened. Instead, you'll continue to work with your practitioner to manage your condition during your pregnancy.

More info : Glucose screening and glucose tolerance tests


Apa yang menakutkan aku, biarlah aku dipermudahkan untuk melahirkann bby aku ini. Hari-hari aku titipkan doa supaya aku dapat melahirkan secara normal dan bukan C-sec. Debaran menunggu untuk kelahiran bby aku ini, sudah terasa.

Aku masih lagi mengambil job-job make up (Echenta Maquillage). Ramai yang bertanya untuk booking aku di bulan Jun. Tapi aku sudah pon menetapkan 11hb Jun 2011 tarikh akhir sebelum aku berehatkan diri untuk kelahiran bby. Ada rakan sekolah yang mahu aku mekapkan dia untuk hari pertunangan nya di Melaka. Aku terpaksa menolak dan mujur kakak aku dapat menggantikan tempat aku. Masakan tidak, ketika itu kandungan aku sudah hampir memasuki usia 9 bulan. Bila-bila saja, bby bole dilahirkan. Untuk keselamatan aku dan bby. Aku tidak bole terlalu rakus mengambil job-job make up.

Bulan depan aku terpaksa menghentikan sebentar penjualan baju untuk ECHENTAPPAREL atas sebab-sebab ketidaklaratan aku untuk membuat photo shoot dan mengambil stok-stok dari supplier. Semua itu tidak lama, habis sahaja pantang aku akan aktif kembali dengan job-job make up dan penjualan baju.

Di bawah ni, gambar ketika aku menghadiri hari perkahwinan rakan sang pria. Aku sudah semakin berisi. Lihat saja kemontelan aku. Ini semua untuk bby tersayang :)