MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Pages

Monday, June 13, 2011

Colostrums di kala minggu ke 34

Hari ini aku berurut dengan mak cik Ton untuk legakan sedikit sakit belakang badanku ini. Sakit di bahagian kiri lebih terasa especially bila aku duduk lama di kerusi. Kaki belah kanan tidak pula terasa sengal. Bby lebih suka duduk di belah kiri rasanya.

Bila mak cik Ton urut di pangkal rahim, dia dah mengagak kepala bby sudah berada di situ. Di naikkan sedikit kedudukan bby tp bby masih berada di situ. Katanya aku hanya tunggu masa sbb bby dh ke bawah. Syukur.. aku mmg dh bersedia mental dan fizikal. Bila-bila bby nak keluar. Aku harus ready by now. Sakit celah kelengkang ni pon kdg2 dh x bole tahan. Apakan pula sakit bersalin. Bak kata orang putih "No turning back". Perjuangan di medan kelahiran perlu diteruskan.

Mula-mula takut juga nak berurut-urut masa mengandung ni. Tawakal jer lah. Yg sakit bila di tekan di celah kelengkang bahagian kiri. Di agak kepala bby sudah berada di situ dan yang sakit juga bila di picitnya payudara untuk tengok samada air susu sudah ada atau tidak. Aku sedikit malu sebab di situ ada ibu mertuaku juga. Tapi benda-benda ni nak sorok pon tak bole. Perempuan sama perempuan. Esok bby dh keluar pon aku perlu jugak menyusu badan depan mak mertua. Yang seronok nya, aku sudah ada susu awal ibu. MashaAllah..rezeki kamu anakku. Warnanya sedikit kuning tetapi pekat. InsyaAllah aku berdoa supaya lahir jer bby aku nanti. Harap-harap susu badan ni keluar dengan sendirinya. Kalau nak suruh aku picit seperti mak cik Ton. Tak mengerti aku.

Mak Cik Ton pun ada pesan jangan dipicit selalu sebab kita nak simpan susu awal ibu itu. Khasiatnya terlalu banyak. Apa yang perlu kita buat ialah bersihkan puting payudara kita supaya senang untuk penyusuan badan kelak.


Di bawah aku amik artikel tentang PENTINGNYA SUSU AWAL IBU atau COLOSTRUMS.


Colostrums adalah susu awal ibu. Colosrum terdapat pada susu ibu seawal 3-5 hari pertama selepas bayi dilahirkan. Ia bewarna kuning, berlemak, da sangat kaya dengan protein dan antibodi. Susu awal ibu merujuk kepada:

  • Rendah kandungan lemak
  • Kaya kandungan protein
  • Tinggi karbohidrat
  • Kaya dengan vitamin K
  • Mudah untuk dicernakan

Amat penting untuk memulakan penyusuan kepada bayi sejurus selepas bersalin supaya bayi anda menerima faedah-faedah yang terkandung di dalam susu awal ibu. Susu awal ibu mempunyai jumlah yang terhad tetapi sangat bernilai di dalam setiap kandungan susu ibu tersebut. Ia sangat penting bagi bayi diberi susu tersebut dengan kerap supaya bayi mendapat banyak khasiat daripada cecair susu bewarna kekuningan dan berkrim ini sebelum digantikan dengan susu matang.

Susu awal ibu ini juga kerap dirujuk sebagai “cecair emas” (liquid gold) merujuk kepada ciri-cirinya yang sangat baik. Ianya bukan sahaja menyediakan nutrient yang sempurna untuk bayi yang baru lahir, tetapi juga mengandungi jumlah sel-sel hidup yang banyak dimana ia mampu memberikan sistem imunisasi yang sangat baik daripada benda dijangkiti pelbagai penyakit kepada bayi.

Kebaikan-kebaikan Susu Awal Ibu (Colostrums) termasuklah:-

  • Colostrums adalah bahan semulajadi dimana ianya 100% sebagai vaksin yang selamat. Tahap kandungan imunisasi yang terkandung di dalam colostrums adalah sangat tinggi berbanding dengan susu matang.
  • Ia merembeskan antibodi yang dipanggil immunoglobulin A (IgA). Sebelum bayi lahir, plasenta akan memberikan bayi anda dengan antibodi yang dipanggil IgG tetapi sekarang bayi memerlukan antibodi baru bagi bayi menerima perlindungan daripada kuman-kuman luar.
  • Ia memainkan peranan utama dalam saluran pencernaan bayi.
  • Colostrums juga berfungsi sebagai ‘membersih’ iaitu dengan melonggarkan meconium atau bahan likat bewarna hitam yang terdapat di dalam usus. Lebihan bilirubin dibuang daripada sistem itu dan dengan itu ia mampu menghalang jaundis.
  • Colostrums juga mengandungi leucocytes iaitu sel-sel putih yang memberi perlindungan kepada bayi dan mampu melawan penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus.
Susu matang pula mempunyai lebih rendah kandungan antibodi tetapi ia lebih tinggi dalam jumlah isipadu. Dengan pemberian susu ibu, bayi mampu melawan pelbagai PENYAKIT.

Aku tekankan di sini adalah penyakit. Ibu mana yang tak risaukan kalau anak dijangkiti penyakit. Penyakit yang paling kerap akan berlaku ialah demam, selsema dan batuk. Aku sendiri kalau selsema seksanya teramat. Namun aku bersyukur kerana aku jarang demam. Kalau nak demam mungkin hanya sehari. Aku yakin ini disebabkan khasiat susu emak aku yg menyusukan aku sehingga umur 4 tahun. Ok. Sedikit malu di situ. 4 tahun tuh satu usia yang dah besar. Kalau dilihat sekarang ni, budak berusia 3 tahun pon sudah bersekolah. Tapi itu lah pengorbanan emak aku. Bukan senang untuk memberikan susu badan di usia 42 tahun. Maknanya aku putus susu badan, emak aku berusia 46 tahun. Satu jangka masa yang pada aku untuk wanita yang berusia lewat sebegitu. Masih mampu mempunyai susu yang banyak. Alhamdulillah. Harap aku jugak ditempiaskan kelebihan itu untuk menyusu bby aku nanti. Tidaklah sampai usia 4 tahun. Sekurang-kurangnya 6 bulan bersusu badan dan selebihnya aku akan cuba pam kan susu badan untuk bby aku minum. Kalau nak dengar ckp orang mesti ada yang kata susahlah nanti. Kita ikut cara kita sendiri dan mana yang mampu. Aku sendiri yang memutuskan untuk hentikan susu badan setakat mana yang aku termampu.


No comments:

Post a Comment