MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Tuesday, August 23, 2011

Kegunaan Baby Cot

Siapa kata baby cot tak ada gunanya semasa baby masih kecil. Cuba lihat perbezaan gambar pertama dan kedua. Gambar pertama baby cot Ilham dipasangkan bumper cot dan penghalang katil. Gambar kedua, tidak ada lagi bumper cot dan penghalang di bahagian tepi jalan.

Aku olah semula katil Ilham untuk kegunaan menukar pampers. Memandangkan semasa 2 minggu pertama dalam pantang. Kaki aku kerap kejang dan menyakitkan lagi jika aku menukar pampers Ilham di atas katil aku. Jadi aku mendapat idea untuk duduk dalam posisi yang betul semasa menukar pampers Ilham. Jika aku menukarkan pampers di atas katil aku. Aku tidak boleh bersila di sebabkan jahitan masih ada dan aku perlu menyengetkan kedudukkan kaki. Ini membuatkan kaki kejang aku tidak dapat pulih dengan sempurna. Jadi aku pon mendapat idea, kenapa tidak aku gunakan saja katil Ilham bila aku ingin menukarkan pampersnya.

Aku tanggalkan penghalang katil di bahagian tepi jalan dan aku buka bumper cot supaya ada ruang angin. Aku ambil sebuah kerusi lipat untuk aku duduk menghadap katil Ilham. Senang bukan.. tidaklah katil Ilham terbiar begitu saja. Malah katil aku tidak lagi dikerumuni dengan barangan tukar pampers Ilham :)

Gambar ketiga : Lihat betapa baba pon bole tdo dikatil Ilham :D

Sunday, August 21, 2011

Saturday, August 20, 2011

Pantang Hari ke 36

Hari ini mama & baba bawak Ilham pergi beli baju raya di The Curve. Baru lah mama faham kenapa selama ni ramai parents yg suka pergi The Curve. Sebabnya banyak kedai-kedai baju baby dan ada baby's room untuk tukar pampers & bf kan baby masing-masing.

One thing jer yg mama geli skit dalam bilik baby's room tuh. Meja yang untuk tukar diaper kotor. Nasib baik bilik utk nursing room bersih dan ada sofa. Mama suruh baba bawak masuk stroller Ilham dan mama tukarkan pampers Ilham atas stroller. Bersih dan selamat :)

Ilham lambai kat baba

Ilham ikut muka sapa..Mama or Baba?


Friday, August 19, 2011

Pantang Hari ke 35

Ingat tak aritu mama keluar sama baba Iftar di Puri Pujangga, UKM. Hari ini mama bawa Ilham pula iftar di sana walaupon kita berdua bukannya puasa :D
Tapi kali ini kita pergi beramai-ramai sama moyang, datuk, nenek, pak cik, mak cik sama bak neneng, bak ya, bak som dan bibik.

My mikey mouse :)

Mcm biasalah time berbuka, Ilham pon nak berbuka jadi mama yang x boleh berbuka

Ilham cuba tdo walaupon keadaan bising dengan suara kanak-kanak

Sorry baba, janji mama & Ilham masuk dalam gambar

Bertiga lebih baik..

Thursday, August 18, 2011

Pantang Hari ke 34 : Muntah Melalui Hidung

Sekali lagi kami ke Az Zarah untuk dapatkan nasihat Doktor Nik tentang Ilham yang sudah berapa kali muntah melalui hidung. Aku ingatkan nak hold dulu untuk beberapa hari. Tgk mcm mana keadaan Ilham sama ada muntah itu akan berlarutan atau tidak. Tapi pagi tuh dapat panggilan dari MIL suruh aku buat juga pemeriksaan. MIL ada baca berita di surat khabar tentang seorang ibu yg terlelap semasa menyusukan babynya semasa tidur. Anak itu meninggal dengan muntah susu dan berdarah di bahagian hidung. Ya Allah jauhkan lah musibah itu pada anak aku. Aku mmg x fikir panjang terus kejutkan sang pria untuk ke Az Zarah.

Alhamdulillah, Doktor Nik kata disebabkan Ilham kuat minum. Tulang rawan antara hidung dan kerongkong tidak tumbuh penuh untuk menutup ruang saluran ke hidung. Jadi air susu yang terlalu banyak boleh menyebabka muntah sekaligus air susu itu mengalir terus ke bahagian hidung juga. Jalan penyelesaiannya adalah dengan menidurkan Ilham secara mengiring atau menelentang. Jika menelentang, aku perlu beri lebih perhatian kerana Ilham sudah boleh mengalihkan kepalanya sendiri.

Doktor Nik menimbang berat Ilham dan anak mama dah naik 200grms untuk 8 hari selepas check up yang lepas. Anak mama dah 5.6kg sayang. Itupun Doktor Nik kata kalau x muntah boleh lagi berat. MasyaAllah sihat anak mama :)


Wednesday, August 17, 2011

Pantang Hari ke 33


Sorry sayang mama..
Mama pergi kejap jer alter baju kat buttonmybuttons
Nanti baju mama biggie, tak raya lah mama kan..
Tapi mama dh bagi bf anak mama kenyang.
So mama hanya ada dua jam untuk settlekan suma hal mama..
Go to go sayang..muahh!

Lagi satu berita gembira untuk mama..
Dalam seminggu mama dah turun ke 60kg daripada 74kg..
Dan sekarang mama sudah 58kg..yahuuu


Tuesday, August 16, 2011

Pantang Hari ke 32 : Pertama kali ke Alamanda

Percubaan pertama membawa Ilham keluar selain ke hospital ialah ke Alamanda. Kami berbuka puasa di Manhattan Fish Market. Inilah masanya hendak lihat kelam kabut atau tidak kami berdua membawa Ilham keluar. Melihat pada cara Ilham, selain daripada dukung, Ilham suka jika stroller bergerak seperti mendodoikannya. Jikalau stroller berhenti di suatu tempat. Mulalah Ilham menjerit atau menangis.

Selain itu, cabaran untuk menyusukan Ilham juga mencabar. Aku bekalkan 6oz susu formula dan 5oz susu badan. Aku terpaksa bagi melalu botol susu badan susah mencari tempat untuk menyusukan Ilham nanti. Susu formula hanya diminum Ilham sebanyak 1 1/2oz dan bila sudah dekat waktu berbuka Ilham habiskan 5oz susu badan. Banyak sudah Ilham minum tapi dia seakan tahu bau badan aku. Gayanya seperti tidak puas jika tidak dapat menyusu badan secara direct. Puas aku cuba dodoikan Ilham sambil sang pria berbuka puasa. Padanlah ibu-ibu yang breastfeedkan anak mereka boleh menjadi kurus sebab kamu tidakkan ada masa untuk menikmati makanan kerana sibuk menguruskan hal anak. Aku hanya dapat makan hampir pukul 8malam. Itu pon sang pria kene take over bawa Ilham pusing-pusing di dalam Alamanda. Bukan itu saja, cabaran menukar pampers pon perlu di ambil kira. Mujur stroller kami boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Dicabutnya bahagian "carrier" dan bahagian duduk bole dijadikan tempat baring untuk menukarkan pampers Ilham. Dalam masa 3 jam kami di Manhattan Fish Market, Ilham tukar pampers sebanyak 4 kali. Stroller Halford ini banyak membantu aku di mana-mana tempat. Malah ruang untuk mengisi barang-barang baby yang dibawa sangat besar.

Sekarang kalau kami keluar, kami akan bawa bersama :-

1. Bag susu:
- 2 botol kosong
- 1 termos
- 1 botol air masak
- 3 sudu susu formula
- 5oz susu badan yang dibiarkan sejuk dengan sendiri mengikut suhu luar

2. Bag baju baby:
- 2 helai baju
- 5 atau 10 helai pampers
- baby wipe
- tisu paket
- 1 helai lampin
- 1 helai napkin
- Changing mat

3. Dalam handbag mama:
- toy
- kain untuk breastfeeding
- 1 helai napkin
- puting baby

4. Barang-barang lain (jika perlu):
- Bantal Kecil
- Swaddle
- Topi baby
- Bib

* Sangat banyakkan tetapi tidak membebankan langsung untuk kami membawanya