MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Pages

Tuesday, August 23, 2011

Kegunaan Baby Cot

Siapa kata baby cot tak ada gunanya semasa baby masih kecil. Cuba lihat perbezaan gambar pertama dan kedua. Gambar pertama baby cot Ilham dipasangkan bumper cot dan penghalang katil. Gambar kedua, tidak ada lagi bumper cot dan penghalang di bahagian tepi jalan.

Aku olah semula katil Ilham untuk kegunaan menukar pampers. Memandangkan semasa 2 minggu pertama dalam pantang. Kaki aku kerap kejang dan menyakitkan lagi jika aku menukar pampers Ilham di atas katil aku. Jadi aku mendapat idea untuk duduk dalam posisi yang betul semasa menukar pampers Ilham. Jika aku menukarkan pampers di atas katil aku. Aku tidak boleh bersila di sebabkan jahitan masih ada dan aku perlu menyengetkan kedudukkan kaki. Ini membuatkan kaki kejang aku tidak dapat pulih dengan sempurna. Jadi aku pon mendapat idea, kenapa tidak aku gunakan saja katil Ilham bila aku ingin menukarkan pampersnya.

Aku tanggalkan penghalang katil di bahagian tepi jalan dan aku buka bumper cot supaya ada ruang angin. Aku ambil sebuah kerusi lipat untuk aku duduk menghadap katil Ilham. Senang bukan.. tidaklah katil Ilham terbiar begitu saja. Malah katil aku tidak lagi dikerumuni dengan barangan tukar pampers Ilham :)

Gambar ketiga : Lihat betapa baba pon bole tdo dikatil Ilham :D

1 comment: