MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Pages

Tuesday, August 16, 2011

Pantang Hari ke 32 : Pertama kali ke Alamanda

Percubaan pertama membawa Ilham keluar selain ke hospital ialah ke Alamanda. Kami berbuka puasa di Manhattan Fish Market. Inilah masanya hendak lihat kelam kabut atau tidak kami berdua membawa Ilham keluar. Melihat pada cara Ilham, selain daripada dukung, Ilham suka jika stroller bergerak seperti mendodoikannya. Jikalau stroller berhenti di suatu tempat. Mulalah Ilham menjerit atau menangis.

Selain itu, cabaran untuk menyusukan Ilham juga mencabar. Aku bekalkan 6oz susu formula dan 5oz susu badan. Aku terpaksa bagi melalu botol susu badan susah mencari tempat untuk menyusukan Ilham nanti. Susu formula hanya diminum Ilham sebanyak 1 1/2oz dan bila sudah dekat waktu berbuka Ilham habiskan 5oz susu badan. Banyak sudah Ilham minum tapi dia seakan tahu bau badan aku. Gayanya seperti tidak puas jika tidak dapat menyusu badan secara direct. Puas aku cuba dodoikan Ilham sambil sang pria berbuka puasa. Padanlah ibu-ibu yang breastfeedkan anak mereka boleh menjadi kurus sebab kamu tidakkan ada masa untuk menikmati makanan kerana sibuk menguruskan hal anak. Aku hanya dapat makan hampir pukul 8malam. Itu pon sang pria kene take over bawa Ilham pusing-pusing di dalam Alamanda. Bukan itu saja, cabaran menukar pampers pon perlu di ambil kira. Mujur stroller kami boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Dicabutnya bahagian "carrier" dan bahagian duduk bole dijadikan tempat baring untuk menukarkan pampers Ilham. Dalam masa 3 jam kami di Manhattan Fish Market, Ilham tukar pampers sebanyak 4 kali. Stroller Halford ini banyak membantu aku di mana-mana tempat. Malah ruang untuk mengisi barang-barang baby yang dibawa sangat besar.

Sekarang kalau kami keluar, kami akan bawa bersama :-

1. Bag susu:
- 2 botol kosong
- 1 termos
- 1 botol air masak
- 3 sudu susu formula
- 5oz susu badan yang dibiarkan sejuk dengan sendiri mengikut suhu luar

2. Bag baju baby:
- 2 helai baju
- 5 atau 10 helai pampers
- baby wipe
- tisu paket
- 1 helai lampin
- 1 helai napkin
- Changing mat

3. Dalam handbag mama:
- toy
- kain untuk breastfeeding
- 1 helai napkin
- puting baby

4. Barang-barang lain (jika perlu):
- Bantal Kecil
- Swaddle
- Topi baby
- Bib

* Sangat banyakkan tetapi tidak membebankan langsung untuk kami membawanya


No comments:

Post a Comment