MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Pages

Thursday, August 18, 2011

Pantang Hari ke 34 : Muntah Melalui Hidung

Sekali lagi kami ke Az Zarah untuk dapatkan nasihat Doktor Nik tentang Ilham yang sudah berapa kali muntah melalui hidung. Aku ingatkan nak hold dulu untuk beberapa hari. Tgk mcm mana keadaan Ilham sama ada muntah itu akan berlarutan atau tidak. Tapi pagi tuh dapat panggilan dari MIL suruh aku buat juga pemeriksaan. MIL ada baca berita di surat khabar tentang seorang ibu yg terlelap semasa menyusukan babynya semasa tidur. Anak itu meninggal dengan muntah susu dan berdarah di bahagian hidung. Ya Allah jauhkan lah musibah itu pada anak aku. Aku mmg x fikir panjang terus kejutkan sang pria untuk ke Az Zarah.

Alhamdulillah, Doktor Nik kata disebabkan Ilham kuat minum. Tulang rawan antara hidung dan kerongkong tidak tumbuh penuh untuk menutup ruang saluran ke hidung. Jadi air susu yang terlalu banyak boleh menyebabka muntah sekaligus air susu itu mengalir terus ke bahagian hidung juga. Jalan penyelesaiannya adalah dengan menidurkan Ilham secara mengiring atau menelentang. Jika menelentang, aku perlu beri lebih perhatian kerana Ilham sudah boleh mengalihkan kepalanya sendiri.

Doktor Nik menimbang berat Ilham dan anak mama dah naik 200grms untuk 8 hari selepas check up yang lepas. Anak mama dah 5.6kg sayang. Itupun Doktor Nik kata kalau x muntah boleh lagi berat. MasyaAllah sihat anak mama :)


No comments:

Post a Comment