MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Pages

Saturday, July 23, 2011

Pada usia seminggu : Demam Kuning @ Jaundice



Pejam celik, Ilham sudah seminggu usia. Dua hari selepas kelahiran Ilham, badannya sudah mula kekuningan. Mula-mula kami hanya jemur di rumah sahaja tetapi cuaca kadang-kadang mendung dan kuningnya mula nampak ketara. Masuk hari ke 7, aku rasa x sedap hati nak biarkan Ilham begitu. Aku nekad ke Az Zarah malam itu juga walaupon badan aku tidak berapa sihat. Doktor Nik Ros tidak bertugas hari itu, jadi kami hanya berjumpa dengan Doktor Nazim. Pertama kali melihat Ilham perlu diambil ujian darahnya. Hati aku sayu.. sedih bila dengar dia menjerit. Di timbangnya berat Ilham, Alhamdulillah sudah 4.1kg beratnya. Bayangkan jika Ilham lahir pada due date sebenarnya iaitu 26 July 2011, sudah tentu aku tidak berdaya hendak melahirkan Ilham sebesar itu.

Mama & Baba tidak renggang memeluk Ilham..

Ujian darah menunjukan tahap demam kuning Ilham sudah melebihi paras minimum iaitu 260. (minimum untuk demam kuning ialah 240). Ilham terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Kami diberi pilihan untuk sewa bilik wad atau biarkan Ilham di CCU (Coronary Care Unit). Aku pilih untuk menjaga Ilham sendiri.

Sebelum diletakkan didalam tempat jemuran. Mama sempat amik gambar Ilham sayang..

Anak mama yg tembam comel :)

Waktu ni Ilham baru lepas menyusu badan. Saat ini betul2 mencabar aku sebagai ibu. Dengan badan yang tidak sihat, kaki sebelah kanan yg kejang menghadkan pergerakan aku sehingga aku susah untuk turun dan naik katil, puting payudara aku yang melecet dan bengkak kesakitan. Ini semua dugaan yang harus aku lalui. Aku gagahkan juga untuk menyusukan Ilham walaupon aku terpaksa duduk dan baring sama di bawah lampu biru. Sehinggakan ada satu ketika, aku menangis kerana aku kehausan yang amat sangat tetapi aku tidak dapat mencapai botol air yg ada di atas meja disebabkan keadaan kaki yang kejang dan ketika itu pula aku sedang menyusukan Ilham di kerusi (aku berjemur sekali di bawah lampu biru). Ketika itu aku keseorangan menjaga Ilham di wad. Sang pria pula ada fotografi pada hari itu. Semua ini mama lakukan untuk Ilham sayang. Walaupon mama x sihat sekalipun, mama akan pastikan Ilham tidak sakit. Mama nak anak mama cepat sembuh.

Ditambah dugaan aku, Ilham tidak mahu menyusu badan disebabkan kekeliruan puting badan dan puting botol yang aku berikan. Baru aku tahu yang bayi baru lahir akan mengambil masa untuk mengenal pasti puting ibunya selama sebulan. Disebabkan kesilapan aku memberikan susu badan menggunakan botol susu membuatkan Ilham lebih memilih botol susu kerana putingnya mudah dihisap. Aku terpaksa memujuk Ilham walaupon dia menangis teruk sekali pon. Aku tidak sekali-kali putus asa dan aku yakin ada jalan penyelesaian untuk semua ini. Ditambah pula ubat yang paling mujarab untuk demam kuning adalah daripada susu ibu.

Alhamdulillah, mujur ada nurse yang baik hati ajarkan cara menyusu yang betul dan cara menyusu secara baring supaya aku dapat berehat sama. Sebenarnya lampu biru itu boleh dialihkan ke mana saja jika ibu mahukan anak cepat sembuh dengan sama berjemur di bawah lampu biru. Untuk mengelakkan mata aku sakit berpinar, aku pakai eye shade yg selalu orang gunakan untuk tidur.

Sakit-sakit pon anak mama masih mantain comel..

Alhamdulillah, esoknya bacaan demam kuning Ilham sudah turun ke 190 (bacaan normal adalah 150). Doktor Nazim benarkan kami pulang dan hanya akan diperiksa semula selang seminggu. Tetapi kami tidak digalakkan menjemur Ilham dengan cahaya matahari kerana lapisan ozon semakin nipis dan boleh menyebabkan kanser kulit. Sebaik-baiknya hanya diberikan susu badan sahaja.

Take it easy mama..Ilham ok

Ilham dah sedia nak balik..

Babai Az Zarah.. nanti Ilham datang lagi untuk periksa semula :)

No comments:

Post a Comment