MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Pages

Friday, July 15, 2011

Ciuman Yang Pertama

Utusan gembira dari ku dan sang pria dengan kehadiran si comel kami pada 15hb July 2011. Ciuman pertama buat anakku yg kami nanti2 kan selama 38 minggu dalam kandunganku.

Pada 12hb July 2011, aku ke Az Zarah untuk pemeriksaan bby ke 38 minggu. Bayi dijangkakan berat sebanyak 3.6kg - 3.7kg dan jika bby kami lahir pada minggu ke 40, berkemungkinan bby kami akan melebihi 4kg. Maknanya kami ada 2 minggu lagi untuk menunggu kelahiran bby ini. Risau jikalau bby ini lahir pada hujung minggu dan sang pria tidak akan dapat bersama melihat bby kami lahir kerna urusan kerja. Saat itu dan tanpa fikir panjang, aku dan sang pria membuat keputusan untuk melahirkan anak kami secara "Inducing Labor - In addition, if your baby gets too big, your labor is more likely to be prolonged or stalled, your chances of needing a c-section are higher, and both you and your baby have an increased risk of injury during a vaginal delivery". Doktor juga mengagakkan bby kami berkemungkinan lahir lebih berat dari yg dijangka.

Ceritanya agak panjang, jadi biarlah aku pendekkan disini:

14hb July 2011

8.00pg
- Sampai di Pusat Rawatan Islam Az Zarah untuk pendaftaran bilik.

10.30pg
- Dimasukkan ubat induce untuk pembukaan pintu rahim. Dijangka ubat ini berkesan untuk 6 jam seterusnya. Aku dikehendaki baring menelentang selama 1jam tanpa boleh bergerak mengiring ke kiri atau ke kanan
9.00mlm
- Pintu rahim masih tidak buka. Masa ni aku dah mula sakit belakang yang amat setelah 11 jam menunggu.
10.30mlm
- Setelah 12jam menunggu, akhirnya pintu rahim hanya buka 1cm dan aku diberikan
sekali lg ubat induce untuk mempercepatkan pembukaan seterusnya. Kali ini, aku sudah tidak mampu menahan kesakitan tulang belakang yang amat sangat dan sakit ini bertambah melarat disebabkan aku perlu baring menelentang selama sejam seperti sebelum ini.
11.30mlm
- Aku diberikan suntikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dan
membolehkan aku tidur sementara menunggu bukaan rahim seterusnya.

15hb July 2011

7.00 pg hingga 2.00 ptg
- Aku dicek oleh midwife dan pintu rahim telah buka sebanyak 3cm. Alhamdulillah, aku sudah dibenarkan di bawa ke labor room.
- Epidural dipasangkan di tulang belakang.
- Air ketuban dipecahkan oleh doktor tanpa aku sedar.
- Sekali lagi, dugaan datang bila pintu rahim hanya buka 1 cm sepanjang di labor room.
- Doktor beritahu kalau pintu rahim tidak buka pukul 4 ptg, aku akan di c-section malah kepala bby dalam keadaan senget disebabkan masih belum engaged menyukarkan lagi proses kelahiran normal.
- Aku mengambil kesempatan bersolat dalam keadaan baring dan memohon pada Allah supaya berikan aku keajaiban untuk melahirkan anak aku dalam keadaan normal.

3.30 ptg
- Midwife sekali lagi memeriksa pintu rahim dan syukur Alhamdulillah, pintu rahim aku sudah terbuka 8cm. Seluruh doa aku dan ahli keluarga termakbul dan aku sedikit lega tetapi masih lagi risau dgn keadaan kepala bby yg masih berkedudukan senget.

4.30 ptg
- Aku mula rasa kontraksi kelahiran kerana epidural dikurangkan supaya aku
memudahkan aku meneran apabila dapat merasa kontraksi.

5.00 ptg
- Pintu rahim sudah terbuka 9cm dan semua nurse2 dan midwife sudah menyediakan perkakas2 untuk proses kelahiran dan aku disuruh berlatih meneran sehingga doktor datang.
- Midwife menyeluk ke dalam rahim untuk membetulkan kedudukan kepala bby. Kehadiran doktor melegakan perasaan risau dan aku sedaya supaya meneran mengikut arahan doktor.

- Dan yang paling banyak memberi aku kata semangat adalah sang pria tercinta.

5.26 ptg
- Lahirlah zuriat dari kami berdua yang diberi nama Ilham Rizky yang bermaksud "Rezeki petunjuk Tuhan yang timbul di hati"

No comments:

Post a Comment