MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Pages

Monday, March 14, 2011

ILANG SUDAH SENGAL

Semalam aku ke klinik gigi. Nekad untuk tampal 'crack' yg satu ni. Sudahinya aku kurang tidur sepanjang malam. Sakit kepala belah kanan menarik-narik urat kepala ni. Pusing kanan salah, pusing kiri salah. Seawal 5pg aku sudah terjaga. Lewat 8.30pg baru dpt lelap kan mata dan x sampai 2 jam tidur. Aku dikejutkan sang pria. Merengek lah aku sbb kurang tidur. Denyut gigi dah semakin mencabar kekuatan daya tahan sakitku. Golek sebentar, lantas ke kamar mandi untuk bersiap ke klinik gigi. Kalau orang x ramai di situ, bernasib baiklah dapat buat terus. Kalau tidak, appointment aja. Sampai di bawah klinik gigi, di depan aku ada anak beranak sedang naik tangga. Si emak bila nampak kelibat aku. Tak menang kaki memanjat tangga klinik gigi itu. Anak berderet di kiri kanan lagi mahu berebut sama aku yg mengendung kechil ini. Ini lah sikap realiti orang kita. Kiasu walaupon aku 3 tapak di belakang mereka. Aku pon biarkan aja gelagat si emak itu. Bila sampai di pintu klinik gigi, cepat2 si emak itu tekan loceng dan masuk ke dalam walhal si anak sulung belum sempat melangkah masuk. Pintu dah di tutup. Kasihan.

Aku seperti biasa menunggu giliran untuk mendapatkan appoinment. Di kerusi belakang sudah dipenuhi pesakit yg aku kira usia selewat itu punya kesakitan seperti aku.

"Saya nak buat appointment kul 4 arini masih bole ke?" soal aku.

"Pernah datang?" disoal kembali.

"Pernah.." jawab aku.

Dapat kad baru, urusan ku sudah separuh selesai. Hanya tunggu pukul 4 nanti. Sang pria ke tempat supplier membeli kertas canvas. Hajat, nak ikut. Tapi sakit kepala semakin menarik. Sesudah makan tengah hari, aku ingin tidur. Dapat lelapkan mata sebentar memadai.

Tepat pukul 4, sang pria sudah terjongol di pagar pintu. Tersengih-sengih. Sebabnya rungutan kechil dari aku sebelum itu khuatir sang pria tidak dapat sampai rumah tepat pada waktunya kerana masih di Seri Kembangan. Janji sang pria TEPAT ;)

Ke klinik gigi, seperti biasa appointment aja pukul 4. Lewat 4.30 baru dapat buat penampalan gigi. Ditanya doktor mahu di bius atau tidak. Aku katakan tidak. Dalam hati berselawat panjang. Terus terfikir kalau di labour room kelak. Di tanya mahu epidural. Ahh buntu mahu atau tidak. Kurang mahir bagi jawapan sepantas yang bole. Alhamdulillah, sengal yang ada sudah menjadikan gigi aku kebas digodek si doktor. Cuak jugak bila nampak alat seakan spanar. Dipial2 gigi agaknya untuk merapatkan ruang lubang yang ada. Terus terasa lega. Aku amat berpuas hati dengan tampalan lubang gigi ini sebab kaler nya seakan kaler gigi. Bukan simen kehitaman yang selalu digunakan untuk menampal gigi berlubang.

Yes, lega dan puas hati. Ais batu menanti lepas ni.

Pagi ini pula, bangun jer dari tidur terus aku mengemas bilik. Almari aksesori, ku buka dan aku susun semula rantai-rantai yg ada. Ku gantung cantik-cantik. Terjumpa 'purse' lama, ada kad dari sang pria di dalamnya. Aku baca isi kandungannya.


It's romantically written inside :

How I wish I could be with you all the time.
I'm very sorry for every thing.
"You always be in my heart"
-Shahrir-

Mengenang airmata aku. Sang pria bukan seorang yg suka menulis kad seperti ini jauh sekali untuk diungkapkan di depan aku. Seingat aku kad ini diberi berserta 'bear' comel di hadapan pintu pada waktu pagi semasa aku ingin ke tempat kerja. Waktu itu hubungan cinta aku dan sang pria berantakan. Sedih bila teringat pergaduhan bodoh yang memisahkan aku dengan sang pria seketika. Kalau bole aku Ctrl-Z, aku pasti tidak mahu semua ini berlaku. Perpisahan hanya mengundang musibah pada diri masing-masing.

Bingkas aku ke katil, lalu aku tatap wajah sang pria yg masih lena. Sedih. Tak mahu lagi berpisah seperti itu. Cinta aku hanya pada sang pria sampai mati sekalipun. Dia lelaki yang terbaik aku miliki.

I promise sayang to love you now and then with little one with us now.
My love to you is more stronger than before.
PROMISE.



No comments:

Post a Comment