MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Pages

Thursday, March 31, 2011

PISTOL

Semalam, semasa di Az-Zarah untuk pemeriksaan DETAILED SCAN baby. Aku diberi percubaan percuma untuk latest 4D scanner. Teruja melihat keadaan bby dan yg paling aku terharu melihat muka sebenar bayi aku walaupon tangan sebelahnya menutup muka dek kerna terlalu lena tido. Sekali sekala melihat bby menguap persis aku yg sinonim dengan gaya menguap. Doktor depan mata, aku pun bertanyakan soalan yang sudah bermain difikiran aku sejak 2 bulan yang lepas.

Aku: "Doktor..jantina anak saya apa ya?"

Doc:"Oh saya dah nampak dah. Bukan XY ka?"

Aku: "Aritu cek bby tutup dengan kaki"

Doc:"Takpa ahh, sat gih kita cek balik. Tapi saya mmg dah agak jantina apa"

Lepas check suma detail yg laen. Alhamdulillah syukur tak teramat. Condition baby normal. Doktor sekali lagi mencari bahan bukti yg aku nanti-nantikan. Tiba ternampak satu benda bulat dan tirus ke atas.

Doc:"Hah tuh dia! Nampak tak?? Ada PISTOL. Pistol mcm ayah dia jugakla"

Hahahahhahaah semua orang dalam bilik gelak.

So sekarang mama dah puas hati dengan jantina anak mama. Pelindung mama satu hari nanti.

Selang sehari sebelum tuh aku ada beli barang untuk bby. ISETAN Voucher yang kami dapat semasa hari perkahwinan masih ada baki lagi. Tarikh tutup luput 31hb March, lebih baik digunakan utk bby. 1st item yang aku beli ialah bag untuk botol bby. Malah nenek leha jugak beli kan baju untuk bakal cucu dia.

Semalam lepas tgk movie Adam Sandler & Jennifer Aniston "Just Go With It", singgah ke Mothercare dan beli beberapa helai baju untuk bby lagi. :)

Mama chose these for you

baba wants this..katanya muat utk new born
COMEL!

1st gift from nenek leha too :)

and the rest will be urs soon..dear bby I :)




No comments:

Post a Comment