MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Pages

Sunday, March 13, 2011

SATU PERMULAAN

Akhirnya, papan huruf ini berbunyi. Aku tak bisa tidur dek kerana kesakitan gigi. Ahh lubang gigi ini semakin mengerikan aku. Silapnya entah bagaimana. Salah gigitan makanan keras membuat aku sengsara sepanjang malam. Nekad aku untuk perbaiki gigi yg satu ini. Usai ditanya berapa kali sudah aku berus malah acapkali itu ubat kumur merah itu jugak yg ku gaggle. Haih.

Sakitnya bukan kepalang. Benar kata orang kalau mengandung usah ditunggu lama2 untuk mengubati sakit gigi. Akibatnya tidur tak lena. Mata bugar menanti bila akan terlelap. Lalu fikiran melayang, memikirkan aku perlu catatkan semua ini untuk bacaanku kelak nanti. Saat mula terfikir, aku ingin ungkapkan dalam karya berbahasa inggeris. Bahasa melayu juga apa kurang enaknyakan. Iyalahh.

Sang pria sedikit terlopong enak dibuai mimpi. Ku tatap wajahnya yg seakan rutin harian setiap kali mata ini terbuka. Si kecil yg dikendung dirahimku masih belum terjaga agaknya. Masih tiada tendang kecil dari dalam. Diulik mimpi persis sang pria. Tinggal aku meratap kesakitan.


No comments:

Post a Comment