MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Pages

Tuesday, May 17, 2011

Mimpi bertandang lagi

Sejak kebelakangan ni. Aku kerap berangan. Seperti esok aku akan beranak. Mata ini pula seakan alarm. Di set ke jam 4 pagi. Terus terjaga lewat 8 pg. Hampir setiap hari begitu. Kalau waktu di rumah sewa zaman bujang dulu. Aku di gelar rakan. Seorang yang kuat tido. Pegang telefon pon bole tertido. Telefon ibarat dodoian untuk aku. Bila sudah berkahwin. Mata bugar. Bila mengandung. Mata Segar. Di akhir trimester ke-3, angauan makin menebal. Semalam sahaja aku bermimpi seolah air ketuban keluar. Genap 30 minggu. Pantas seperti haid mengalir. Bukan aku sahaja yang bermimpi. Kakak aku, Zety pun mimpi aku beranak. Dapat panggilan dari kak z semasa aku di Mcd.

Kak z : "E! akak mimpi kau beranak!"

Aku : "Samalah ae mimpi air ketuban pecah"

Kak z: "Eleh mcm lah tahu air ketuban tuh apa"

Aku : " ahahha dalam mimpi tuh mcm period je"

Kak z : "Pastu ada kete langgar tepi kete skit"

Dalam hati dah cuak. Kete aku kene langgar ke??

Kak z : "Tak sempat nak amik no kete. Dah jaga. Kalau tak bole beli no ekor"

Aku : "Kurang ajau kak z!" ahahahha

Habis perbualan mcm biasa, sambung makan. Balik rumah teringat semalam aku ada buka website untuk buat 3D & 4D ultrasound scan untuk baby. Call nombor yg tertertera. Buat appointment untuk 29hb Mei 2011.


Tak sabar rasanya nak tengok perkembangan dengan gambaran yang lebih jelas tentang bby.

Mama & baba rindu sama kamu sayang :)


No comments:

Post a Comment