MY FIRST CHILD

CafeMom TickersCafeMom Tickers
All Right Reserved. 2010. Copyright. ECHENTA. Designed by Echenta

Pages

Tuesday, May 17, 2011

Si Kupu-kupu

Mimpi lagi. Seperti episod drama pula. Setiap hari ada sahaja rancangan mimpi yg berkumandang. Kali ini mimpi ini sangat pelik. Aku bermimpi kupu-kupu yang sangat besar! Adalah sebesar tayar kereta. Pada mulanya aku ingat kan labah-labah yang menjalar. Di ikutnya ke mana sahaja aku pergi. Dari ruang tamu sampai lah ke bilik tidur. Aku jadi panik. Lari lintang pukang. Aku gerun tgk kebesaran saiznya. Bila aku masuk kamar tidurku. Dia menyelusup di pintu. Dari situ baru lah aku nampak gambaran jelas.

KUPU-KUPU YANG SANGAT-SANGAT BESAR



Bangun dari tidur. Aku terus mencari web tafsiran mimpi. Aku sedikit gundah kerna kerap sangat bermimpi yang bukan-bukan. Malah aku juga pernah menerima panggilan dari kakak aku yang menyuruh aku solat hajat disebabkan dia bermimpi sesuatu yang akan berlaku pada aku. Berbalik pada mimpi aku tadi, aku lega setelah mendapat info berkenaan mimpi tersebut. Aku tidak percaya tapi kadang-kadang kita perlukan sesuatu motivasi untuk menaikkan semangat kita balik bukan.

Maksud tafsiran mimpi : Kupu-kupu
Jika anda bermimpi melihat kupu-kupu, bermakna akan ada suatu
kebahagiaan yang akan datang.


Alhamdulillah..jika benar.
Kebahagian yang aku harapkan adalah kelahiran bby aku ini dengan SEMPURNA.
Amin

No comments:

Post a Comment